Mihrab Al-Aqsa

by admin
40 views

Terdapat banyak mihrab yang diletakkan di dalam kawasan masjid, kubah, masthabah dan di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia berfungsi sebagai penanda arah kiblat kepada para jemaah serta untuk menentukan kawasan imam. Selain mihrab yang terdapat di kawasan solat, masthabah dan kubah-kubah, terdapat juga di kawasan yang lain seperti: Mihrab Ali Pasha, Mihrab Daud Pasha (di tembok barat daya al-Aqsa), Mihrab al-Baikah Barat Daya, dan Mihrab Ardhi (lantai berwarna hitam yang berbentuk segi empat tepat dan terletak di selatan Kubah Khidir).

Related Articles