Tanggungjawab Guru terhadap Masjid al-Aqsa

by admin
142 views

Kewajipan dan tanggungjawab kita untuk menyelamatkan dan memberi sokongan kepada Masjid al-Aqsa yang diberkati semakin bertambah disebabkan rancangan Zionis baru-baru ini yang kian diperhebatkan, sehingga setiap orang bertanggungjawab dari kedudukannya sama ada mereka guru, profesional media, seniman, doktor, jurutera atau peguam. Apabila bercakap tentang tugas-tugas ini, kita harus menyebutkan peranan guru kerana mereka mempunyai mesej yang mulia dan keupayaan untuk mempengaruhi masyarakat selain peranan mereka yang menonjol dalam menanamkan nilai-nilai dan kecintaan terhadap masjid al-Aqsa di hati generasi kita untuk menyelamatkan dan membebaskannya. Kami sorotkan beberapa tugas guru-guru Islam yang paling penting ke arah Masjid al-Aqsa, dan tidak ada keraguan bahawa bidang kreativiti adalah terbuka kepada semua guru untuk menyumbang kepada sokongan terhadap perjuangan Masjid al-Aqsa dan mempertahankannya.

  • Guru mesti memberikan pengetahuan yang lengkap tentang Masjid al-Aqsa dan perjuangannya supaya beliau layak untuk menyampaikan mesej itu dengan membaca lebih lanjut mengenai Masjid al-Aqsa dan mendapatkan susulan beritanya.
  • Mendidik generasi yang berkelayakan yang mampu membebaskan Kota al-Quds dan Palestin.
  •  Menyediakan aktiviti sekolah di mana perincian mengenai Masjid al-Aqsa dan perjuangan Palestin akan dijelaskan kepada para pelajar dan untuk memperingati hari tertentu seperti ulang tahun perbuatan khianat membakar Masjid Al-Aqsa,  peristiwa al-Isra’ dan al-Mi’raj, dan lain-lain.
  • Menggalakkan belia untuk memboikot dan melatih mereka untuk menanamkan idea tersebut ke dalam minda mereka.
  • Menggalakkan pelajar membentuk kelab di sekolah untuk al-Aqsa bagi menjalankan aktiviti untuk Masjid al-Aqsa dan Kota al-Quds.
  • Menanamkan kecintaan untuk menyumbang kepada al-Quds dan Palestin dalam membentuk semangat pelajar sebagai rumah pertama mereka.
  • Meningkatkan didikan moral ke dalam jiwa pelajar dan menghindarkan mereka dari kekecewaan dan keputusasaan.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang menggalakkan kecintaan terhadap Masjid al-Aqsa dan mengingatkan pelajar tentang kesuciannya dengan menamakan kemudahan sekolah dengan nama-nama yang berkaitan dengan al-Aqsa, seperti: Musalla Al-Isra’a, Dinding Al-Buraq, Perpustakaan Al-Aqsa atau Perpustakaan Salahuddin.
  • Untuk memperjelaskan konsep yang betul tentang perjuangan Palestin melalui pihak berkuasa pendidikan.
  • Mengaktifkan peranan masjid sekolah dalam menegakkan perjuangan Palestin.
  • Berusaha untuk menambahkan lagi kurikulum pendidikan dengan perkara yang berkaitan dengan isu Palestin dan kepentingan al-Quds.
  •    Mengadakan pertandingan bercorak hiburan dan pendidikan mengenai Masjid al-Aqsa.
  •  Melalui kesatuan dan persatuan mereka, guru boleh mengambil pakai projek-projek untuk Masjid al-Aqsa dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti al-Aqsa.

Related Articles