Apakah maksud “al-Aqsa”?

by admin
3519 views

Dalam usaha untuk memahami sebab di sebalik nama Masjid al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu memahami maksud perkataan “al-Aqsa” dalam Bahasa Arab dan ia bermaksud “paling jauh”. Jadi, nama “Masjid Al-Aqsa” bermaksud “Masjid yang paling jauh”.

Sesetengah ulama berkata: “paling jauh” bermaksud Al-Aqsa merupakan masjid yang paling jauh dari Masjid al-Haram di Makkah di antara tiga masjid suci dalam Islam, yang tunggangan tidak akan disiapkan melainkan untuk berrmusafir ke tempat tersebut.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan ia digelar al-Aqsa kerana masjid ini dijauhkan daripada perbuatan kotor dan niat yang keji. Hal ini kerana nama “Beit al-Maqdis” adalah merupakan tempat manusia disucikan daripada dosa mereka.

Al-Muqaddas (yang suci) bermaksud yang disucikan, yang mempunyai makna yang hampir dengan “Al-Beit al-Muqadas,” yang bermaksud ia disucikan daripada berhala di dalamnya.

Kami dapat mengenal pasti bahawa asal usul nama al-Aqsa adalah merupakan kombinasi kesucian tempat tersebut, kemuliaannya dan sifatnya yang dijauhkan daripada kekotoran dan kehinaan sama ada berbentuk fizikal mahupun moral.

Kesimpulan daripada nama al-Aqsa:

  1. Masjid al-Aqsa disebut sebagai Baitulmaqdis didalam beberapa teks tradisional dan hadis, seperti hadis Nabi s.a.w apabila dia berkata: “Ketika orang-orang Quraisy mendustakan aku, aku berdiri di Hijr (Hijr Ismail) kemudian Allahmemperjalankan aku ke Baitulmaqdis…”. (Muttafaqun ‘alaih)Nama ini kemudiannya merujuk terus kepada bandar al-Aqsa itu sendiri, iaitu tempat terletaknya Masjid al-Aqsa, khususnya semasa zaman kerajaan Islam.

  1. Beberapa buku memberikan namaAl-Haram Al-Sharif(tanah suci yang mulia) kepada Masjid al-Aqsa dan ulama Syariah berpandangan bahawa nama ini adalah nama yang tidak tepat kerana ianya bukanlah Tanah Haram mengikut kefahaman syara’ malah hukum berburu dan menebang pokok di dalamnya adalah harus, begitu juga barang-barang yang dijumpai di tanah ini adalah tidak haram untuk dikutip dan tidak ada di sana istilah haram melainkan Masjid al-Haram (Masjid Makkah) dan Masjid an-Nabawi (Masjid Madinah).

  1. Terdapat di sana sebahagian golongan yang memberikan nama kepada Masjid al-Aqsa dengan nama Masjid al-Qibli yang terletak di bahagian selatan dan ini juga merupakan satu kesilapan, kerana Masjid al-Qibli merupakan sebahagian sahaja kawasan Masjid al-Aqsa dan bukanlah Masjid al-Aqsa itu sendiri, dan Masjid al-Qibli – secara tetap – merupakan ruang solat berbumbung yang utama. Bagaimanapun, salah faham ini disengajakan dan merupakan propaganda oleh penjajah Zionis untuk memperdayakan seluruh dunia bahawa pencabulan dan pencorobohan terjadi di perkarangan Masjid al-Aqsa hanya terjadi di kawasan kejiranan masjid bukannya di Masjid al-Aqsa (Masjid al-Qibli dengan pemahaman mereka), maka mudahlah bagi Zionis mengambil alih sebahagian Masjid al-Aqsa. Untuk itu, mereka telah mengeluarkan keputusan yang meyifatkan bahawa perkarangan Masjid al-Aqsa sebagai “dataran awam”, yang membenarkan penjajah Zionis meluaskan penguasaan ke atas kawasan Masjid al-Aqsa oleh kerana ia merupakan harta awam yang terletak dikawasan perbandaran.

  1. Zionis Israel sentiasa berusaha dengan segala kekuatan yang mereka ada untuk menghapuskan nama Masjid al-Aqsa dan meletakkan nama serupa dengan nama Jabal Mu’ied di Masjid al-Aqsa melalui tulisan di dalam jurnal dan bahan-bahan cetakan yang diterbitkan oleh mereka melalui medium elektronik dan malah sehingga setakat ini ( 15/2/2017 ) Google Map dalam versi Bahasa Inggeris juga memaparkan nama Temple Mount bagi kawasan Masjid zl-Aqsa dan kenyataan ini sangatlah bertentangan dengan kenyataan yang sebenar, dengan dakwaan bahawa kesilapan ini mempunyai agendanya yang tersendiri.

Related Articles