Sheikh Raed Salah: Sheikh al-Aqsa yang juga Pengawalnya

by admin
222 views

Sheikh Raed Salah adalah salah seorang tokoh Palestin yang sangat terkenal kerana penentangannya terhadap dasar-dasar Israel dan kejayaannya mendedahkan konspirasi untuk mengyahudikan (to Judaize) al-Quds dan Masjid al-Aqsa.
Beliau telah sekian lama menjadi pembela bagi kesucian dan khazanah Islam di Palestin yang telah diduduki Israel, terutamanya Masjid al-Aqsa, sehingga ia dikenali sebagai syeikh al-Aqsa. Sheikh Salah menerima Anugerah Raja Faisal pada tahun 2013 atas usahanya mempertahankan al-Aqsa.

Kelahiran dan Asuhan:

Sheikh Raed Salah dilahirkan pada tahun 1958 dalam keluarga Abu Shakra di Umm al-Fahm, utara Palestin. Keluarga Palestin tersebut enggan diusir dari rumah mereka berikutan pendudukan Zionis Palestin pada tahun 1948.
Beliau menamatkan pendidikan menengah di sekolah Umm al-Fahm dan kemudiannya memegang Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Islam dari Universiti Islam Hebron.
Sheikh Salah memulakan aktivisme Islam sejak di usia muda lagi, di mana dia mengikuti ideologi Ikhwanul Muslimin dan aktif dalam bidang kepeguaman di Palestin yang diduduki dalam tahun 1948.

   

Aktivisme politik:

Sheikh Raed adalah salah seorang pengasas Pergerakan Islam di Palestin (wilayah 1948) pada awal tahun 70-an, dan beliau menjadi salah seorang pemimpin senior dan ketua sayap utara sejak tahun 1996.
Sheikh Raed menjadi datuk bandar Umm al-Fahm selama tiga penggal berturut-turut. Pada tahun 2000 beliau telah meletakkan jawatannya dan berkhidmat sebagai ketua Yayasan Al-Aqsa untuk Pembinaan Semula Tempat-tempat Suci Islam; sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk memelihara Masjid al-Aqsa.


Pertahanan al-Aqsa

Sheikh Raed Salah adalah salah seorang pembela Masjid al-Aqsa yang paling terkenal; dia terkenal dengan peranannya dalam mendedahkan penggalian yang dilakukan oleh kuasa pendudukan di bahagian bawah Masjid dan risiko-risiko lain yang menyelubungi Masjid al-Aqsa, serta penentangan dan konfrontasinya yang praktikal terhadap kegiatan-kegiatan tersebut.
Beliau dan sahabat-sahabatnya mempunyai peranan penting dalam pengubahsuaian Musalla Marwani, membuka semula pintu-pintu gerbangnya dan melindunginya dari perampasan. Selain dari itu, beliau juga merenovasi Musalla lama a-Aqsa, membersihkan dan menerangi halamannya, serta membina tandas dan tempat-tempat wudhu di Bab Huta, al-Asbat, Faisal dan al-Majlis.

Mereka juga menjalankan projek perarakan “al-Bayariq”, untuk memudahkan membawa orang-ramai ke Masjid al-Aqsa lalu menggagalkan rancangan pendudukan untuk mengosongkan Masjid al-Aqsa dari jemaah yang mengerjakan ibadat.
Beliau turut menyertai sahabat-sahabatnya dalam kebangkitan semula kumpulan penuntut ilmu di teres-teres bersejarah Masjid al-Aqsa. Beliau juga telah menyumbang kepada penubuhan projek Tabung Kanak-kanak Al-Aqsa, yang menaja kira-kira 16,000 kanak-kanak.

Beliau turut membantu menganjurkan pertandingan antarabangsa “Baitulmaqdis dalam Bahaya” dan program-program lain yang bertujuan untuk mengaktifkan peranan rakyat Palestin di wilayah 1948  demi menghidupkan semula Masjid al-Aqsa dan memeliharanya.

Beliau juga membantu menghasilkan beberapa dokumentari dan buku-buku mengenai Masjid al-Aqsa, termasuk “al-Murabiteen,” dan “panduan ke kiblat yang pertama daripada dua kiblat” dan dokumentari “al-Aqsa yang diberkati di bawah pengepungan.”

Tindakannya itu telah mendedahkan dirinya kepada penindasan dan gangguan dari kuasa pendudukan itu. Mereka bermula dengan mengharamkan beliau dari bergerak atau menghalangnya dari memasuki Masjid al-Aqsa sehingga kepada penangkapannya dan percubaan membunuh yang dilakukan terhadapnya.


Kuasa Pendudukan Mensasarkannya:

· Pada tahun 1981, Sheikh Raed Salah telah dipenjarakan atas pertuduhan bersekutu dengan organisasi yang diharamkan, “Usrat al-Jihad,” dan selepas dibebaskan, dia ditempatkan di bawah tahanan rumah.

·   Pada tahun 2000, pada hari pertama Intifadha al-Aqsa, percubaan membunuh Sheikh Raed Salah telah berlaku tetapi ianya gagal. Bagaimanapun, beliau cedera di kepalanya kerana terkena peluru.

·  Pada tahun 2002, Hakim Mahkamah Tinggi kuasa pendudukan telah menolak petisyen yang dikemukakan oleh Sheikh Raed Salah untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri yang mengharamkannya dari meninggalkan negara berkenaan.

·       Badan kehakiman memutuskan bahawa pada masa berkenaan keselamatan awam mendahului prinsip kebebasan bergerak.

· Pada tahun berikutnya, tahun 2003, kuasa pendudukan itu menangkapnya sekali lagi dengan tuduhan bahawa dia telah melaburkan dana haram untuk Hamas, dalam bidang mempertahankan kesucian dan khazanah Islam, terutamanya Masjid al-Aqsa.

· Bagaimanapun, Sheikh tersebut terus mempertahankan kawasan-kawasan suci Islam di Palestin yang diduduki sehinggalah dia dihalang daripada memasuki Kota al-Quds pada tahun 2009.

· Kemudian mahkamah Israel mengeluarkan keputusan untuk memenjarakannya selama sembilan bulan. Dalam jawapan balasnya beliau berkata, “Kami akan mempertahankan Masjid al-Aqsa walaupun dari dalam penjara.”

· Pada 31 Mei 2010, Sheikh Raed Salah menyertai Flotilla Kebebasan yang bertujuan menarik-balik sekatan ke atas Semenanjung Gaza. Flotilla tersebut telah terdedah kepada kegiatan melanun di perairan antarabangsa kapal-kapal perang Israel. Sembilan aktivis telah mati syahid dan lebih daripada 38 orang cedera. Sheikh Raed Salah ditangkap selepas berlakunya percubaan untuk membunuh beliau, ketika Flotilla dibawa secara paksa ke pelabuhan Ashdod.

Sebagai sebahagian daripada kempen pendudukan untuk mensasarkan al-Aqsa dan gerakan Ribat di dalamnya, kerajaan pendudukan Israel mengharamkan gerakan Islam yang diketuai oleh Sheikh Raed Salah, pada November 2015, dengan alasan bahawa kegiatannya menghasut untuk menentang “Israel”, kerana ia adalah penyumbang utama dalam pembinaan semula dan melindungi Masjid al-Aqsa.

Pada tahun 2016, Salah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan, dalam kes yang dikenali sebagai “Wadi al-Jawz,” yang bermula pada tahun 2007 selepas khutbah Jumaat pada 6 Februari 2007 di kawasan Wadi al-Jawz dalam kawasan pendudukan di al-Quds. Ianya berlaku berikutan kuasa pendudukan yang menahan jemaah dari memasuki Masjid al-Aqsa untuk solat Jumaat, dan perobohan yang sampai ke al-Mughrabi Gate yang menuju kepada al-Aqsa.
Pejabat Ketua Pendakwa yang dikaitkan dengan Sheikh Raed Salah dalam ucapannya:

“Israel ingin membina kuil untuk digunakan sebagai rumah ibadat [Yahudi] kepada Tuhan. Betapa tidak tahu malu dan palsunya [dakwaan itu].

Tidak boleh dibina rumah ibadat kepada Tuhan sementara darah kita masih ada pada pakaian, pintu, makanan dan minuman para pengganas[tentera]. “

Sheikh Raed Salah berjalan ke penjara untuk menghabiskan hukumannya disertai dengan perarakan besar orang ramai dari bandar Umm al-Fahm.

Sheikh berkata sebelum memasuki penjara:
“Ini bukan masa perpisahan, melainkan pembaharuan perjanjian dan komitmen kami terhadap prinsip Arab dan Palestin. Kegembiraan kami akan tercapai dengan penamatan pendudukan Masjid al-Aqsa.”

Pada 17 Januari 2016, Sheikh Raed Salah dibebaskan selepas ditahan selama sembilan bulan.

Walau bagaimanapun, beliau tertakluk kepada sekatan terhadap pergerakannya, termasuk larangan perjalanan dan larangan memasuki Masjid al-Aqsa yang diduduki sebelum dia ditangkap semula.

Selepas kemenangan Maqdisis المقدسيين (warga Jerusalem) dalam pemberontakan al-Asbat, yang memaksa Zionis untuk membongkar pintu elektronik yang dipasang di pintu masuk al-Aqsa, “Israel” membalas dendam kepada para pemimpin dan simbol pemberontakan.

Pada 15 Ogos 2017, Sheikh Raed Salah ditangkap di rumahnya di bandar Umm al-Fahm. Beliau telah ditahan untuk siasatan.  Penahanannya dilanjutkan beberapa kali.
Mahkamah memutuskan untuk melanjutkan penahanan beliau sehingga berakhirnya prosiding terhadapnya.
Pada 15 Februari 2018, Pusat Mahkamah Tentera melanjutkan penahanannya dalam kurungan bersendirian, selama enam bulan, atas permintaan Pihak Berkuasa Penjara.
Sheikh Raed Salah, yang telah lama menyeru untuk mengingatkan dunia bahawa “al-Aqsa berada dalam bahaya,” tetap menjadi pemimpin perintis dalam mempertahankan al-Quds dan pelindung Masjid al-Aqsa yang diberkati.

Related Articles