Keberkatan Masjid al-Aqsa

by admin
4835 views

Seseorang tidak boleh membincangkan tentang Masjid al-Aqsa yang diberkati tanpa terlebih dahulu merujuk kepada konsep “keberkatan”. Allah sentiasa menyebut “yang diberkati” apabila menyebut Masjid al-Aqsa. Istilah ini dan beberapa derivatifnya diulang dalam banyak ayat yang menyebutkan al-Aqsa, dan Palestin sebagai sebahagian daripada Levant, dalam konteks yang berbeza. Di antaranya ialah: Ayat mengenai kelangsungan hidup Nabi Ibrahim (as);

(وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ)

[Kami selamatkan dia (Ibrahim) dan Luth ke negeri yang Kami telah berkati untuk seluruh alam] [21:71].

Dan ayat tentang apa yang Allah tundukkan untuk Nabi Sulaiman (as);

(وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِي بِأَمْرِهِ إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا ۚ وَكُنَّا بِكُلِّ شَيْءٍ عَالِمِينَ)

[Dan (Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin, angin yang sangat kencang tiupannya,yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami beri berkah kepadanya. Dan Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.] [21:81]. Dan apabila Allah menyatakan rahmat yang telah diberikan-Nya kepada mereka yang menganiaya diri sendiri, Dia berkata;

(وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ الْقُرَى الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا قُرًى ظَاهِرَةً وَقَدَّرْنَا فِيهَا السَّيْرَ)

[Dan Kami jadikan antara mereka (penduduk Saba’) dan negeri-negeri yang Kami berkati (Syam) beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di negeri-negeri itu pada malam dan siang hari dengan aman] [34:18]. Dan dalam ayat tersebut, tentang hamba Allah yang ditindas;

(وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا)

[Dan Kami wariskan kepada kaum yang tertindas itu, bumi bahagian timur dan bahagian baratnya yang telah kami berkati.]  [7: 137].

Oleh itu, apakah sifat keberkatan ini, apakah sebab-sebab di sebaliknya, dan bagaimana ianya dicapai?

Pertama, istilah “berkat” menunjukkan “kelimpahan dan pertumbuhan dalam semua kebaikan”. Maka apabila Allah SWT berfirman:

(سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ).

[Maha Suci (Allah), yang telah memperjalankan hambanya  (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.] [17: 1].

Masjid al-Aqsa menjadi pusat keberkatan, justeru sumber kebaikan dan keberkatannya mengalir ke seluruh alam. Tidak ada keberkatan yang diberikan kepada sesetengah tempat tanpa al-Aqsa menjadi sebahagian daripadanya.

Penterjemah Al-Quran mencadangkan bahawa keberkatan ini merujuk kepada dua perkara:

Pertama, keberkatan dalam agama:

diperjelaskan bagaimana ramai para nabi (as) muncul darinya, dan mengajarkan kanun dan ajaran agama mereka daripadanya. 

Kedua, keberkatan dalam kehidupan: dengan menjadikan tanahnya sebagai tanah yang kaya dengan sumber air, buah-buahan dan kehidupan yang sejahtera.

Oleh itu, Allah SWT menyifatkan Masjid al-Aqsa sebagai “lingkungan yang Kami berkati” dengan hubungan yang kuat; untuk menerangkan kaitannya dengan anugerah keberkatan yang tidak dapat dipisahkan dari Masjid tersebut. Sepertimana yang disebutkan oleh Imam Ibnu Ashour, keberkatan yang mengelilingi Masjid adalah metafora untuk keberkatan yang pertama yang berasal dari Masjid itu sendiri; kerana jika ianya berlaku di sekelilingnya, maka keberkatan itu secara asasnya akan melaluinya terlebih dahulu. Oleh itu, ayat tersebut mempunyai tiga implikasi:

Pertama, perangkuman konjugasi. “Keberkatan ini tidak dapat dipisahkan dari Masjid al-Aqsa, dan ini adalah salah satu daripada ciri Masjid tersebut.”

Kedua, perangkuman tenor (pengertian) dan pemusatan. “Ini merujuk kepada keberkatan terdahulu sekali di Masjid, dengan alasan yang lebih banyak.” 

Ketiga, perangkuman kata pengagungan dalam “Kami telah memberkati.”

Keberkatan ini diwakili dalam beberapa imej dan bentuk, termasuk:

1) Melipatgandakan ganjaran mendirikan solat di dalamnya: ciri pertama keberkatan Masjid al-Aqsa yang merupakan keutamaan Allah ke atas tempat-tempat lain ialah menggandakan pahala mereka yang bersalat di sana seperti yang dinyatakan dalam hadith: “dan salat di Masjid al-Aqsa bernilai 500 kali lebih banyak daripada tempat lain “[Baihaqi di as-Sunan as-Sughraa (No. 1821)].

Dalam naratif yang berbeza, ganjaran mendirikan solat di Masjid al-Aqsa boleh mencapai suku daripada ganjaran mendirikan solat di Masjid an-Nabawi. Ketika Rasulullah (saw) ditanya tentang solat di Masjid al-Aqsa atau Masjidnya, beliau menjawab: “Satu solat di masjidku sama dengan empat solat yang didirikan di sana [di Baitulmaqdis], dan tempat yang diberkati solat itu.

Ia adalah tanah tempat berlakunya hari kebangkitan dan perhimpunan. Tidak lama lagi akan tiba saatnya, jika seorang lelaki memiliki sebidang tanah sebesar tali kuda dari mana ia dapat melihat Baitulmaqdis, itu adalah lebih baik baginya dari seluruh dunia. “[Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan digolongkan sebagai sahih oleh Al-Albani dalam kitab Kesedaran & Ketakutan: At Targhib Wat Tarhib].

Untuk keterangan lebih lanjut bagaimana menggandakan ganjaran menunaikan solat di Masjid al-Aqsa klik di sini

2) Tanah para nabi: Salah satu rahmat Masjid al-Aqsa adalah, beberapa orang nabi dilahirkan di sekelilingnya, dan Allah telah memberi petunjuk kepada beberapa orang Nabi untuk tinggal berdekatannya serta hidup di sekitarnya. Oleh itu, ia menjadi tanah para Nabi, dan keberkatan Masjid semakin meningkat oleh kerana keberkatan mereka; mereka diberkati seperti firman Allah dalam kata-kata Isa (as):

(وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنتُ)

“Dan Dia menjadikan saya diberkati di mana sahaja saya berada,” dan dengan keberkatan mereka, rahmat dan mukjizat telah dianugerahkan kepada tempat itu.

3) Tanah keselamatan dan kedamaian: Hakikatnya, Allah memberkati Masjid al-Aqsa lalu menjadikannya tanah yang selamat, aman-damai, dan tenang. Yang Maha Berkuasa menerangkan berkenaan keberkatan yang diberikan-Nya kepada Nabi Ibrahim (as):

(وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ)

[Kami selamatkan dia (Ibrahim) dan Luth ke negeri yang Kami telah berkati untuk seluruh alam] [21:71].

4) Pada tanah inilah akan berakhirnya mereka yang zalim: Di mana, menjadi satu rahmat pada tempat tersebut bahawa setiap orang yang zalim di tanah itu ditakdirkan binasa. Allah menceritakan kisah mengenai Suku-suku Israel dengan Nabi Musa (as):

(قالُوا يَا مُوسَى إِنَّ فِيهَا قَوْمًا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا حَتَّى يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ (22) قَالَ رَجُلَانِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمَا ادْخُلُوا عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مؤمنين)

(Mereka berkata, “Wahai Musa, sesungguhnya di dalam negeri itu ada umat yang sangat kuat kezalimannya, kami tidak akan memasukinya sehingga mereka meninggalkannya, tetapi jika mereka meninggalkannya, maka kami akan masuk.” Berkata dua orang dari mereka yang bertaqwa, yang telah diberi nikmat oleh Allah, “Serbulah mereka melalui pintu gerbang (negeri) itu. Jika kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan bertaqwalah kamu hanya kepada Allah, jika kamu menjadi insan-insan yang beriman”) [5 :22,23]. Oleh itu, kemenangan adalah untuk mereka yang taat menyembah Allah.

5) Pada tanahnya, empayar-empayar telah dimusnahkan dan tentera penindasan dan penyelewengan dihancurkan: dengan berkat Masjid al-Aqsa, tentera salib yang zalim dan melakukan rasuah telah dikalahkan, dan tentera Tatar telah dihancurkan setelah mereka memerintah dengan kezaliman, kejahatan dan mendatangkan kesengsaraan. Oleh itu, tanah ini menjadi tanah perkuburan bagi semua penceroboh yang tamak dan tidak lama lagi, In shaa Allah, kita akan menyaksikan kekalahan pendudukan Zionis, setelah korupsi dan ketidakadilannya mencapai apa yang belum pernah terjadi sebelumnya.

6) Pusat mazhab yang berjaya: Keberkatan Masjid al-Aqsa sangat mendalam dengan hakikat bahawa Allah telah menjadikannya pusat dan tempat mazhab yang berjaya sehingga tiada bahaya yang dapat menghalangnya, dan tidak ada pengkhianatan yang dapat menghalang pengikut-pengikutnya. Nabi Muhammad (saw) bersabda: “Sentiasa akan ada dari kalangan umatku satu kumpulan yang sentiasa beroleh kemenangan atas kebenaran (haqq), orang yang menentang atau meninggalkan mereka tidak akan dapat membahayakan mereka sehingga perintah Allah datang dan mereka akan tetap menang.” Mereka berkata, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka?” Dia berkata, “Di Baitulmaqdis dan daerah-daerah di Baitulmaqdis.” [Mosnad al-Imam Ahmad].

7) Keberkatannya membezakan mereka yang benar dari mereka yang berdusta: Sejarah Masjid al-Aqsa dan masa kini telah menunjukkan peranannya dalam membezakan kelas-kelas. Melaluinya, mereka yang jujur, tabah dan setia dibezakan dari mereka munafik dan kufur. Oleh itu, berdasarkan kedudukan bangsa-bangsa, negara, orang-ramai dan individu di tanah ini menunjukkan kebenaran dan kesetiaan mereka, atau kejahatan dan penyelewengan mereka. Golongan yang benar adalah pendukung tanah ini, dan mereka yang berbohong adalah musuhnya. Banyak fakta dan bukti menunjukkan keberkatan Masjid al-Aqsa. Keberkatan yang telah direalisasikan dan diketahui oleh semua orang yang bekerja untuk Masjid al-Aqsa, dan semua yang menyumbaangkan masa, usaha dan wang untuk kepentingannya. Keberkatan direalisasikan sepenuh hati secara fizikal atau melalui jarak dekat kepada al-Aqsa, dan umat Islam harus bersungguh-sungguh untuk merealisasikan keberkatan ini.

8) Ini ditunjukkan dalam hadis dari seorang muslimah di zaman rasulullah (saw) yang bernama Maymuna Binti Saad, yang menunjukkan kehebatan para sahabat untuk merealisasikan keberkatan Masjid al-Aqsa walaupun mereka tidak dapat melawat atau berjauhan darinya. Rasulullah (saw) membimbing mereka untuk mendukung Masjid al-Aqsa. Dalam hadith dari Maymuna Binti Saad, dia bertanya kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, khabarkan kami tentang Baitulmaqdis.” Nabi (saw) menjawab, “Tanah tersebut adalah tempat di mana manusia akan dibangkitkan dan dihimpunkan. Kunjungilah untuk mendirikan salat kerana satu solat di dalamnya diberi ganjaran seribu kali solat di tempat lain”. Dia terus bertanya, “Jika salah seorang dari kami tidak dapat melawatnya, apa yang harus kami lakukan”? Beliau berkata, ” kirimkan sedikit minyak untuk menyalakan lampunya, sesiapa yang memanfaatkan sesuatu untuknya seolah-olah dia telah bersolat di dalamnya.” [Musnad al-Imam Ahmad].

Related Articles