Bagaimanakah Masjid al-Aqsa diduduki walhal kita dapat melihat umat Islam beribadat di sana setiap hari ?!

by admin
1399 views

Adalah maklum bahawa bahagian barat Al-Quds jatuh di bawah pendudukan Israel pada tahun 1948. Pada tahun 1967, Israel melengkapkan pendudukannya di Palestin, termasuk Timur Al-Quds, di mana terletaknya Masjid al-Aqsa berada. Oleh itu, Masjid al-Aqsa menjadi wilayah yang diduduki pada tahun 1967. Beberapa resolusi antarabangsa dikeluarkan untuk menggesa pengunduran tentera pendudukan dari bandar tersebut.

Walaupun hal ehwal pentadbiran dan kewangan Masjid al-Aqsa diuruskan oleh Kementerian Awqaf Jordan, seluruh masjid masih dikepung dan pintu masuknya berada di bawah kawalan pendudukan Zionis sejak tahun 1967.

Pendudukan berkenaan juga dengan efektifnya telah menguasai beberapa bangunan di dalam Masjid al-Aqsa, mengenakan sekatan umur pada para jemaah, dan menghalang berjuta-juta orang Palestin dan Muslim dari memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat. Sebaliknya, ribuan orang Yahudi ekstremis dibenarkan memecah masuk ke Masjid al-Aqsa walaupun ianya bertentangan dengan kehendak kaum Muslim, dan mereka berusaha menguatkuasakan sekatan masa dan kawasan. Beberapa contoh tanda tempat penting di Masjid al-Aqsa, yang dikuasai oleh pendudukan Zionis:

Pintu al-Magharibah: Dirampas oleh Zionis sejak awal pendudukannya pada tahun 1967. Mereka menggunakan pintu tersebut untuk menyerbu masuk ke Masjid al-Aqsa dan menghalang umat Islam dari memasukinya.

Tembok al-Buraq: Ia adalah sebahagian daripada Tembok Barat Masjid al-Aqsa.

Zionis merampasnya sejak tahun 1967 dan menjadikannya ‘Tembok Ratapan’, tempat ibadat untuk orang Yahudi, serta melarang umat Islam dari memasukinya.

Sekolah at-Tankaziyah: Sejak tahun 1969, kuasa pendudukan telah menjadikannya sebagai berek untuk pasukan yang kononnya penjaga sempadan.

Sekolah al-Omaria: Ia telah menjadi sebahagian daripada kawasan perbandaran Israel. Kuasa pendudukan itu telah menggunakan beberapa bahagian kawasan di sekolah tersebut untuk melancarkan serangan ke atas jemaah Muslim semasa berlakunya pertempuran.

Dua bilik pertapaan untuk beribadat: Kuasa pendudukan telah menjadikannya markas polis di tengah-tengah Masjid al-Aqsa.

Tembok al-Kurd: Ia adalah sebahagian daripada Tembok Barat Masjid al-Aqsa. Pendudukan itu mengubahnya menjadi tembok ratapan kecil.

Contoh-contoh tindakan menghadkan peranan Awqaf Jordan dalam menguruskan Masjid al-Aqsa:

Sejak tahun 2000, tentera pendudukan Israel telah mengenakan larangan sepenuhnya ke atas kemasukan bahan-bahan binaan dan pengubahsuaian ke Masjid al-Aqsa.

Membataskan pergerakan pekerja Awqaf, antaranya tindakan menahan imam masjid.

Memecahkan kunci salah satu pintu masjid dan menggantikannya dengan kunci baru.

Memindahkan kuasa Jabatan Awqaf yang mengawal kemasukan pelancong kepada kuasa pendudukan.

Menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa, lalu menyebabkan keretakan beberapa bahagian daripadanya.

Masjid al-Aqsa telah menyaksikan tiga pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1990, 1996 dan 2000.

Semasa pemberontakan terakhir Pintu al-Asbat pada bulan Julai 2017, kuasa pendudukan telah menutup masjid selama lebih dari dua hari dan menghalang para jemaah dari mendirikan solat Jumaat serta larangan melaungkan Azan.

Mereka juga memecahkan kunci dan memeriksa semua bangunan dan pejabatnya serta menodai kesucian masjid.

Sekatan dari memasuki Masjid al-Aqsa:

Pasukan polis Zionis menubuhkan pos-pos pemeriksaan di setiap pintu yang terbuka di Masjid al-Aqsa untuk menghalang umat Islam yang sedang dalam perjalanan ke masjid. Sementara itu pengawal Masjid al-Aqsa tidak dapat menentang pasukan tersebut .

Keadaan ini telah menyumbang kepada sekatan kemasukan ambulans dan perkhidmatan memadam kebakaran pada Masjid yang suci ini terutama dalam kes-kes kecemasan, seperti kebakaran al-Aqsa pada tahun 1969 dan semasa tiga pembunuhan beramai-ramai al-Aqsa antara tahun 1990 dan 1996-2000. Selain itu penggalian yang dilakukan oleh Zionis juga telah menghalang pembinaan semula masjid walaupun ianya diperlukan.

Penduduk Semenanjung Gaza, Tebing Barat, dan sesiapa sahaja yang tidak mempunyai kad pengenalan biru (identiti Israel, iaitu 1948, warga Palestin) dilarang sepenuhnya dari memasuki Masjid al-Aqsa.

Sejak permulaan Intifadha al-Aqsa pada tahun 2000, pihak berkuasa pendudukan telah mengharamkan semua lelaki Islam di bawah umur 40 tahun dari memasuki masjid tersebut pada hari Jumaat.

Sumber: Laman Web Soalan dan Jawapan Palestin – Diterjemahkan dan diadaptasikan oleh QFM.

Related Articles