Adakah batu di Masjid al-Aqsa (Batu di Beit Al-Maqdis) terapung-apung di udara?

by admin
2046 views

Apa yang dapat dilihat ialah batu yang daripadanya Nabi SAW diangkat ke langit pada malam Isra’ adalah merupakan bumbung kepada sebuah gua di atas pergunungan Haram as-Sharif, yang bersambung kepada banyak gunung bersebelahan. Apa yang pelik berkenaan gua ini adalah kebanyakan gua ditemui di tepi-tepi gunung, tetapi gua ini berada di atas gunung terbabit!

Apa yang telah diberitakan berkenaan batu suci di Beit Al-Maqdis ini ialah batu tersebut terapung di antara langit dan bumi, dan ia sudah tentu bertentangan dengan realiti yang dapat dilihat yang membuktikan bahawa batu tersebut bersambung dengan gunung tersebut. Tiada sebarang hadis yang menyebut berkenaan terapungnya batu tersebut dan sebarang hadis yang menceritakan tentang kelebihan batu tersebut merupakan hadis maudhu’ yang sama sekali tidak benar, seperti yang dinyatakan oleh ulama.

Namun begitu, maklumat yang telah disebut berkenaan batu tersebut tidaklah menghilangkan nilai batu ini serta kemuliaannya sebagai tempat Rasulullah diangkat ke langit. Di samping itu, ia juga pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah. 

Related Articles