Di manakah sempadan Masjid al-Aqsa, dan apakah yang termasuk di dalamnya?

by admin
274 views

Masjid al-Aqsa adalah nama kepada semua yang dikelilingi oleh tembok yang terletak jauh di sudut tenggara bandar al-Quds yang bertembok. Kini, kawasan ini digelar Bandar Lama.

Masjid al-Aqsa terdiri daripada tembok, termasuk pintu masuknya, dan apa-apa sahaja yang berada di dalam kawasan tembok tersebut, contohnya kubah emas Musalla, “Kubah as-Sakhrah”, yang terletak di tengah-tengah al-Aqsa, dan al-Musalla al-Qibli, dengan kubah utamanya yang terletak jauh ke selatan al-Aqsa, dari arah Qiblat, di samping segala kemudahan yang berada di dalam dan sekitarnya. Terdapat kira-kira 200 mercu tanda keseluruhannya, yang kesemuanya berada di dalam sempadan al-Aqsa, termasuklah Musalla, kubah-kubah, kubah kecil, air pancut awam, teresan, laluan, Madrasah, Mihrab, mimbar, menara, pintu pagar, telaga dan perpustakaan.

Dengan mengambil kira kesemua ini, kawasan Masjid al-Aqsa adalah seluas kira-kira 144, 000 meter persegi yang merupakan satu perenam daripada kawasan Bandar Lama.

Masjid ini mempunya bentuk poligon ataupun segi empat separa dengan ukuran seperti berikut:

Sisi Selatan: 281 m, Sisi Utara: 310 m, Sisi Timur: 462 m, Sisi Barat: 491 m

Berdasarkan maklumat di atas, setiap bahagian tembok dan apa-apa sahaja yang berada di antaranya adalah merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa, dan sebarang serangan ke atas salah satu komponen yang disebutkan merupakan serangan ke atas masjid ini secara keseluruhannya.

Perlu diberi perhatian juga bahawa rujukan Barat dan institusi serta peta penjajahan merujuk al-Musalla al-Qibli sebagai Masjid al-Aqsa dan ini merupakan kesilapan yang serius; kerana al-Musalla al-Qibli hanyalah sebahagian sahaja daripada Masjid al-Aqsa. Al-Musalla al-Qibli hanyalah berfungsi sebagai dewan solat utama.

Salah faham ini sengaja dilakukan oleh penjajah Zionis untuk mengelirukan dan mengaburi mata dunia bahawa pelanggaran dan pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa berlaku di sekitarnya sahaja dan bukan di dalam Masjid (bermaksud al-Musalla al-Qibli), jadi adalah lebih mudah untuk mereka merampas Masjid al-Aqsa tanpa menimbulkan kontroversi.

Untuk tujuan ini, pihak Perbandaran al-Quds (penjajah Zionis) telah mengeluarkan keputusan yang menganggap halaman Masjid al-Aqsa sebagai “dataran awam”, yang membolehkan pihak perbandaran memperluaskan kawalan ke atasnya dan mengawal halaman-halaman ini sebagai utiliti awam di bawah kuasa perbandaran.

Related Articles