Apa yang dimaksudkan dengan “Shad ar-rihal” ke al-Aqsa di dalam hadis?

by admin
2470 views

Ulama bersetuju bahawa adalah “mustahabb” (dianjurkan) untuk bermusafir ke Beit Al-Maqdis untuk melakukan ibadah; seperti menunaikan solat, berdoa, berzikir, membaca Al-Quran dan beriktikaf. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “La Tushad Al-Rihal (Pelana tidak dipasang) melainkan untuk bermusafir ke tiga masjid: al-Masjid al-Haram, masjidku ini (al-Masjid an-Nabawi), dan al-Masjid al-Aqsa.” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim]

“Ar-Rihal” adalah merupakan kata jamak kepada “Rahl” yang bermaksud apa-apa sahaja yang disediakan untuk bermusafir; contohnya pelana untuk mengunggang unta. Sesiapa sahaja yang berhasrat untuk bermusafir [pada masa dahulu] akan menyediakan peralatan untuk permusafirannya dan menunggang untanya ke destinasinya, bermakna, “Shad ar-Rihal” adalah merupakan metafora untuk bermusafir, dan menuju ke sesuatu tempat untuk ganjarannya dan ganjaran berganda dengan bersolat di dalamnya.

Hadis ini menunjukkan bahawa Masjid al-Aqsa adalah merupakan salah satu daripada tiga masjid istimewa yang patut dilawati. Masjid-masjid ini dikurniakan kelebihan disebabkan keistimewaan unik yang dimiliki; masjid-masjid ini merupakan Masjid Nabi-nabi (AS), selain solat yang didirikan di dalam masjid-masjid ini tidaklah seperti solat yang didirikan di tempat-tempat lain. 

Related Articles