Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak terletak di bahagian tenggara bandar Al-Quds (yang dinamakan pada hari ini sebagai Bandar Lama). Al-Aqsa merupakan nama bagi seluruh kawasan yang dikelilingi oleh pagar Masjid Al-Aqsa.
Masjid ini didirikan di atas anak bukit yang tinggi dinamakan Bukit Al-Aqsa. Turut dinamakan oleh sumber rujukan barat sebagai Moriah Mount (Bukit Moriah). Bukit tersebut berkongsi sempadan timur dan sempadan selatannya dengan sempadan timur dan sempadan selatan Bandar Lama Al-Quds. maka ianya termasuklah juga ruang solat yang terdapat di dalamnya seperti Masjid Al-Qibli dan Kubah As-Sakhra, ditambah juga dengan 200 mercu tanda dan bangunan lain yang terletak di sempadannya (pagar Al-Aqsa) seperti ruang-ruang solat, bangunan, kubah, saluran air, platform (Mastabah), kawasan koridor, sekolah, mihrab, mimbar, menara azan, pintu-pintu, telaga dan perpustakaan.
Tudingkan tetikus anda ke atas monumen dan bangunan di dalam Masjid Al-Aqsa untuk mengetahui maklumat tentangnya.
Ia adalah salah satu model seni bina Islam yang paling agung dan paling indah pada era awal pemerintahan Islam di dunia. Kubah ini telah dibina oleh Khalifah Umaiyah, Abdul Malik bin Marwan antara tahun 65-86 H bersamaan tahun 705-685 M di atas batu yang mulia. Iaitu tempat berangkat naik Nabi Muhammad ke langit yang ketujuh. Pembinaannya dilakukan di atas batu berbentuk lapan segi.
Masjid Qibli adalah ruang solat utama di dalam Masjid Al-Aqsa yang terletak di bahagian selatan. Justeru itu, ruang inilah yang dikatakan oleh beberapa buah buku-buku sejarah sebagai Masjid Al-Aqsa. Namun, ini adalah satu kesilapan. Hal ini kerana, pihak penjajah Zionist sengaja menyebarkan maklumat palsu tersebut untuk mengelirukan masyarakat dunia.
Ianya terletak di Barat Daya Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak. Menara ini telah dibina oleh hakim (A-Qadhi) kepada Syarifuddin Abdurrahman Ibnu As-Sohib, iaitu Menteri Fakhrudin Al-Khalil dan ianya turut dinamakan sebagai Menara Al-Fakhriah. Ia dibina dengan rekaan zaman moden pada era pemerintahan Mamluk iaitu pada 677 H bersamaan 1278 M. Bahagian atas menara ini telah hancur musnah akibat gempa bumi yang melanda pada 1340 H/ 1922 M.
Menara ini dibina di atas Ar-Ruwaq Al-Maghribi di Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak sebaris dengan Pintu As-Silsilah. Pembinanya adalah Al-Amir Saifuddin Tankiz bin Abdullah An-Nasri. Menara ini dikenali juga dengan nama, Menara Mahkamah. Ia dibina dengan reka bentuk moden pada zaman pemerintahan Mamluk 730 M bersamaan 1329 H.
Lokasi menara ini berdekatan dengan Pintu Al-Ghawanimah yang dinamakan bersempena dengan namanya. Ianya juga dikenali dengan nama, Menara Qalawun, Dibina pada zaman Mamluk tahun 697 M /1297 H, dan pernah direnovasi pada tahun 730 H/ 1329 M. Menara ini dibina bersama Pintu As-Silsilah dan pernah menjalani proses baik pulih beberapa tahun yang lalu.
Menara ini terletak berdekatan dengan Pintu Al-Asbat yang berada di pagar sebelah Utara Masjid Al-Aqsa. Ia dibina pada zaman Mamluk pada tahun 769 H bersamaan 1376 M. Bentuknya yang sekarang ini telah dibina oleh Al-Amir Saifuddin. Ia pernah mengalami keretakan disebabkan gempa bumi pada tahun 1346 H /1927 M.
Kubah ini dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun 65-68 H bersamaan 688-685 M. Para sejarawan berselisih pandangan mengenai punca pembinaan bangunan ini. Kebanyakannya mengatakan bahawa ia dibina sebagai satu model yang dibangunkan atas dasar Kubah As Sakhra Al Musyrifah (Dome of the Rock).
Terletak di bahagian Barat perkarangan Masjid Al-Aqsa. Mempunyai ciri binaan yang tinggi dan cantik serta mengandungi unsur seni binaan dan pembatan yang menawan.. Dibina oleh Sultan Mamluk Qaitabai pada tahun 865 H bersamaan 1461 M, dan pernah direnovasi pada zaman Uthmaniyah pada tahun 1330 H bersamaan 1882 M.
Mimbar ini terletak di bahagian selatan Kubah as-Sakhrah al-Mushrifah dan di sebelah sisi baratnya terdapat Baikah Selatan yang menghadap ke arah ruang solat al-Qibli. Dibina oleh hakim Burhanuddin bin Joma’ah pada tahun 709 H bersamaan 1309 M. Beliaulah yang telah menukar mimbar kayu beroda kepada mimbar batu yang mempunyai tempat duduk khas untuk khatib.
Dibina pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah pada tahun 1112 H bersamaan dengan tahun 1700 M. Nama kubah ini diambil bersempena dengan nama seorang Sheikh Sufi (ahli sufi) yang pernah menjadi imam dan melakukan ibadah di sini.
Pintu ini terletak di bahagian Barat Laut Masjid Al-Aqsa. Ianya merupakan sebuah pintu yang kecil dan tempat masuknya berbentuk segi empat tepat. Pintu ini telah dibina pada zaman pemerintahan Umaiyyah dan dikenali sebagai pintu Al-Walid bin Abdul Malik.
Pintu ini terletak di bahagian Barat serambi Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak dan di bahagian Selatan pintu Al-Ghawanimah. Dikenali juga dengan nama Pintu Al-Habs dan Pintu Al-Majlis, Pintu Mikail, Pintu Aladdin Al Basri dan pintu Ribath Al-Mansuri.
Pintu ini terletak di bahagian anjung Barat Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak di antara Pintu An-Nazhir dan Pintu Al-Qathanin. Dikenali juga dengan nama Pintu Argon dan ia merupakan bahasa Turki yang membawa maksud Al-Hadid (besi) dalam Bahasa Arab.
Pintu Al-Qathanin terletak di bahagian Barat anjung Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak di pertengahan jarak antara Pintu Al-Hadid dan Pintu Al-Mutahharah. Merupakan pintu yang tercantik dan terbesar di antara pintu-pintu Masjid Al-Aqsa. Ia dihiasi dengan batu stalaktit pada bahagian atas dan elemen hiasannya (dekoratifnya) menyerupai bentuk sarang lebah.
Pintu ini terletak di bahagian anjung Timur Masjid Al-Aqsa yang berdekatan dengan Pintu Al-Qathanin. Kedudukannya sangat strategik kerana terletak berdekatan dengan Kubah as-Sakhrah. Ia merupakan satu-satunya pintu di antara pintu-pintu Masjid Al-Aqsa yang tidak membawa kepada mana-mana penempatan Kota Lama (Old City) di Al-Quds.
Salah satu pintu utama daripada pintu-pintu Masjid Al-Aqsa. Terletak di bahagian Selatan dinding Masjid Al-Aqsa sebelah Barat. Tarikh pintu ini ditubuhkan adalah pada zaman pemerintahan Ayyubi. Di bahagian atas sekali berbumbung dengan susunan batu-bata yang saling mengikat antara satu sama lain dengan bonjolan dan rongga.
Salah satu pintu utama daripada pintu-pintu Masjid Al-Aqsa. Terletak di bahagian Selatan dinding Masjid Al-Aqsa sebelah Barat. Tarikh pintu ini ditubuhkan adalah pada zaman pemerintahan Ayyubi. Di bahagian atas sekali berbumbung dengan susunan batu-bata yang saling mengikat antara satu sama lain dengan bonjolan dan rongga.
Pintu ini terletak di bahagian dinding Masjid Al-Aqsa sebelah Barat. Iaitu dinding Al-Buraq. Pintu ini juga membawa kepada Seksyen (Penempatan) Al-Magharibah yang telah dimusnahkan secara keseluruhannya oleh tentera rejim Zionis selepas penjajahan mereka pada tahun 1967 M. Lalu mereka mendirikan tempat yang dinamakan dengan Tembok Ratapan (Sahatul Mubki/Wailing Wall).
Pintu ini dikenali juga dengan nama Pintu Raja Faisal, Pintu Dawudariyah dan Pintu Kemuliaan Para Nabi. Tempat masuknya berbentuk segi empat tepat dengan ketinggian 4 meter dan pernah direnovasi pada zaman pemerintahan Ayyubi pada tahun 610 H -1214 M. Pintu ini terletak di tengah-tengah bahagian Utara Masjid Al-Aqsa Al-Mubaraq.
Pintu ini terletak di serambi Utara Masjid Al-Aqsa di antara Pintu Asbath dan Pintu Faisal. Ia merupakan salah satu pintu yang tertua Masjidil Aqsa. Tempat masuknya berbentuk segi empat tepat dan pernah diperbaharui semasa tempoh pemerintahan Ayyubi pada tahun 617 H bersamaan tahun 1220 M.
Pintu ini terletak di bahagian Timur Laut Masjid Al-Aqsa. Al-Asbat adalah gelaran bagi anak-anak Nabi Yaaqub alaihissalam. Tempat masuk ke pintu ini berbentuk melengkung dengan ketinggian 4 meter. Pernah direnovasi semasa tempoh pemerintahan Ayyubi pada tahun 610 H bersamaan 1213 M. Proses membaik pulih juga pernah dilakukan pada zaman terakhir Kerajaan Mamluk.
Pintu Al-Janaiz terletak di bahagian Timur dinding Masjid Al-Aqsa. Ia merupakan salah satu pintu yang tertutup. Dinamakan dengan nama ini kerana jenazah-jenazah para Muslimin yang keluar daripada Masjid Al-Aqsa akan melaluinya untuk menuju ke perkuburan Rahmah di bahagian timur Masjid Al-Aqsa.
Pintu ini terletak di bahagian Timur dinding Masjid Al-Aqsa al-Mubarak di bahagian dalam bangunan yang tinggi. Untuk turun ke pintu ini boleh menggunakan tangga daripada Masjid Al-Aqsa. Ia juga adalah pintu tua dan besar yang terdiri daripada dua pintu yang bersebelahan. Iaitu Pintu Rahmah di Selatan dan Pintu At-Taubah di sebelah Utara. Ketinggiannya mencapai 11.5 meter. Nama pintu ini diambil sempena dengan perkuburan Ar-Rahmah yang terletak berdekatan dengannya.
Dar Al-Hadith Al-Sharif bermula dengan kegiatan yang sangat hebat di dalam Masjid Al-Aqsa, dan pertama kali didirikan oleh Sheikh Jamil Hamami pada tahun 1981 Masihi.
Terdapat banyak mihrab yang diletakkan di dalam kawasan masjid, kubah, masthabah dan di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia berfungsi sebagai penanda arah kiblat kepada para jemaah serta untuk menentukan kawasan imam.
Dibina pada zaman pemerintahan Ayyubi pada tahun 597 H bersamaan 1201 M di atas runtuhan kubah yang pernah dibina pada zaman pemerintahan awal Islam dalam peristiwa Mikraj Nabi Muhammad. Ianya adalah sebuah kubah kecil lapan segi dan mempunyai sebuah mihrab.
Ia adalah sebuah kubah kecil yang terletak di sudut dataran Barat Laut Kubah As-Sakhra. Kubah ini telah dibina pada kurun ke-10 H /16 M. Ia terletak di atas enam buah tiang marmar yang di atasnya terdapat enam buah blok batu yang menjadi asas pembentukan bulatan di bahagian dalam dan berbentuk enam segi di bahagian luar.
It was built by the commander of al-Quds Brigade, Muhammad Bek, in 974AH /1567AD. The hermitage contains two floors; on the upper floor, there are two rooms, the Eastern is used as a room for the guards of the mosque, and the Western as the office of the imams of Al-Aqsa Mosque
Sejarahnya dibawa kembali kepada kurun ke-10 H bersamaan dengan kurun ke-16 M. Kubah ini telah dibina di atas sebuah tempat yang dikenali sebagai tempat persemadian roh-roh (The Grotto of Spirits) sepertimana yang termaktub dalam manuskrip di atas lantai kubah.
Ianya terletak di bahagian Barat perkarangan Masjid Al-Aqsa dan berada di bawah tangga Utara-Barat yang menghala ke arah Kubah Sakhra’ Al-Mushrifah. Di tepi jalan Utara itulah terletaknya Air Pancut Sha’lan. Pembinaanya dilakukan oleh Pembesar Agung, Isa Al-Ayyubi pada tahun 613 H bersamaan 1216 M.
Ianya terletak di bahagian Barat perkarangan Masjid Al-Aqsa dan berada di Utara Timur pintu An-Nazir. Namanya juga dikenali sebagai, Air Pancut Al-Habs. Telah dibina pada zaman pemerintahan Mamluk Parsbay pada tahun 839 H bersamaan 1436 M.
Dibina pada zaman Uthmaniyyah pada tahun 1092 H /1681 M. Tujuan pembinaannya adalah untuk menjaga kesemua inskripsi (tulisan berbentuk ukiran) Ayyubi yang telah didirikan oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada dinding kota Baitulmaqdis selepas berlakunya proses pembinaan semula.
Kubah (*boleh dibaca dengan, ‘ruang’) ini telah dibina oleh Raja Isa Al-Ayoubi pada tahun 604 H bersamaan tahun 1207 M untuk dijadikan sebagai sekolah ilmu bahasa seperti ilmu sorf dan ilmu nahu. Kubah (*boleh dibaca dengan, ‘ruang’) ini terdiri daripada tiga buah bilik yang bersambung dan terdapat sebuah kubah yang berada di penjurunya.
Ianya terletak di Barat perkarangan Masjid Al-Aqsa, berhadapan dengan Sekolah Al-Asyrafiyyah. Dikenali juga sebagai Air Pancut Bab Al-Mahkamah kerana kedudukannya yang berhampiran dengan bangunan sekolah At-Tankaziyah. Orang yang membinanya adalah, Wali Al-Quds Qassim Basha pada zaman pemerintahan Uthmaniyah Sulaiman Al-Qanuni, tahun 933 H bersamaan 1527 M.
Terletak di tengah-tengah bangku (atau beranda) Nabi Musa di dataran bahagian Barat Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak. Kubah ini dibina oleh Raja Nejmuddin Ayoub pada tahun 647 H bersamaan tahun 1249 M. Ia dikenali dengan nama salah seorang daripada orang-orang terdahulu yang sangat mempercayainya. Kubah ini berbentuk empat segi dan terdapat sebuah kubah di atasnya.
Terletak di bahagian Selatan perkarangan Masjid Al-Aqsa, iaitu di bahagian Timur Masjid Al-Buraq. Kedudukannya di antara platform Masjid Al-Buraq dengan platform Masjid Az-Zawiyyah Al-Fakhriyyah. Ianya berada (betul-betul) di hadapan pintu Al-Mugharibah. Telah dibina pada zaman Uthmaniyah. Sekarang ini, ianya tidak digunakan lagi sebagai bekalan air (untuk manusia) tetapi ianya digunakan untuk mengairi pokok-pokok.
Sebuah bilik di atasnya terdapat kubah kenit (kecil) yang dibina dengan sentuhan gaya Uthmaniyyah. Ia terletak di sebelah Barat Masjid Qibli berhampiran dengan Muzium Islam. Kubah tersebut dibina oleh gabenor Uthmaniyyah, Yusuf Agha pada tahun 1092 H/ 1681 M.
Nama kubah ini bersempena nama Sulaiman Bin Abdul Malik. Ia telah dibina semula pada zaman pemerintahan Al-Ayyubi pada tahun 600 H bersamaan dengan tahun 1203 M. Kemudian ia dinaiktaraf pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Ianya adalah kubah berbentuk lapan segi yang dipasang dengan dua puluh empat buah tiang marmar.
Dibina pada tahun 1233 H bersamaan dengan tahun 1817 M pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah, Sultan Mahmud II. Kubah ini juga dikenali sebagai Iywan Sultan Mahmud II. Manakala, namanya sekarang ini merujuk kepada aktiviti berkumpul yang dilakukan oleh beberapa orang sheikh Sufi untuk berzikir di bawah kubah ini.
Merupakan sabil yang paling dikenali di al-Aqsa. Terletak di bahagian selatan perkarangan Masjid al-Aqsa iaitu di antara masthabah tempat wuduk dan masthabah al-Ka’s. Pembinaannya telah dilakukan oleh Sultan al-Ayyubi Abu Bakar bin Ayub, iaitu salah seorang raja al-Ayyubi pada tahun 589 H bersamaan 1193 M.
Ia terletak di bawah bangunan Masjid Qibli. Dioptimumkan penggunaan tempat ini sebagai ruang solat serta tempat untuk mencegah sebarang cubaan rejim Zionis menawannya. Pada awalnya, masjid ini dibina sebagai sebahagian daripada penempatan di bahagian selatan Masjid Al-Aqsa. Tujuan utamanya adalah sebagai laluan masuk daripada istana-istana Umawiyah ke Masjid Qibli melalui pintu berkembar.
Ruang solat Marwani adalah sebuah bangunan besar yang terletak di bahagian Tenggara Masjid Al-Aqsa dengan keluasan 4,000 meter persegi. Sejarah pembinaannya pada era Umawiyah yang bertujuan untuk menyatukan semua ruang masjid. Oleh sebab itu, ruang solat ini tahap ketinggiannya lebih rendah berbanding kedudukan Masjid Qibli. Semasa zaman penawanan Tentera Salbi ke atas kota Al-Quds, mereka menukarkan Ruang Solat Marwani menjadi kandang kuda-kuda mereka dan menamakannya dengan Kandang Sulaiman.
Ia mula dibina pada zaman Umawiyah dan pernah dibina semula pada zaman Abbasiyah. Ketinggiannya adalah 6.5 meter. Pintu gerbang ini memiliki laluan yang paling luas berbanding pintu-pintu gerbang yang lain. Terletak di sebelah Timur permukaan As-Sakhrah dan merupakan satu-satunya pintu gerbang di kawasan ini.
TheIa dibina pada zaman Mamluk pada tahun 778 H bersamaan 1376 M. Kemudian diperbaharui pada zaman Uthmaniyah. Ketinggiannya adalah 7 meter. Terletak di sebelah Barat ruang Utara permukaan Kubah As-Sakhrah.
Ia dibina pada zaman Mamluk pada zaman Sultan al-Ashraf Shaban pada tahun 721 H bersamaan 1321 M. Ketinggiannya adalah 7.5 meter. Ia terletak di sebelah Utara dari permukaan Kubah As-Sakhrah dan ia bersambung ke pintu Al-‘Atim.
Pintu in dibina pada zaman pemerintahan Sultan An-Nasir Muhammad bin Qalawwun. Maka ia wujud sejak zaman Mamluk. Ketinggiannya mencapai 7 meter. Terletak di sebelah Utara permukaan As-Sakhrah di bahagian Timur. Ia berhubung secara lurus dengan Pintu Hittah.
Ia mula dibina pada zaman Umawiyah dan telah dibina semula pada tahun 340 H bersamaan 951 M. Terletak di sebelah Barat permukaan As-Sakhrah dan ianya terletak sangat hampir dengan pusatnya (Masjid As-Sakhra). Ia bertentangan dengan Pintu Mutahharah, air pancut Qaitbay dan pintu masuk ke sebelah Barat As-Sakhrah.
Masjid ini dibina oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 590 H bersamaan tahun 1193 M. Terletak di bahagian barat daya Masjid Al-Aqsa dan berhampiran dengan Pintu Al-Magharibah. Masjid ini adalah masjid lama yang digunakan sebagai ruang solat pengikut Mazhab Maliki. Hari ini kawasan tersebut digunakan sebagai dewan muzium pameran Islam.
Binaan besar yang sama tahap paras dengan Masjid Qibli. Keluasannya hingga ke dinding bahagian barat Masjid Al-Aqsa. Binaan tersebut mula pembinaannya pada zaman Ayyubi dan dikhususkan untuk ruang solat kaum wanita. Kini, Masjid Nisa’ ini dibahagikan kepada dua bahagian; satu bahagian untuk muzium dan sebahagian lagi dijadikan perpustakaan awam. Sewaktu zaman Tentera Salib, tempat ini digunakan sebagai bilik makan tentera berkuda.
Ia dibina pada zaman Umawiyah. Telah diperbaharui pada zaman Abbasiyah, Fatimiyyah dan zaman Uthmaniyah dan dibaikpulih semula pada tahun1402 H bersamaan 1982 M. Ketinggiannya adalah 6.5 meter. Terletak di sebelah Selatan permukaan As-Sakhrah dan ianya menjadi paksi untuk bangunan Masjid Al-Aqsa, Al-Ka’s dan kubah As-Sakhrah.
Terletak di tembok barat Masjid al-Aqsa dan merupakan sebahagian daripadanya. Tembok ini adalah hak milik umat Islam. Namanya diambil bersempena peristiwa Isra’ di mana kawasan Rasulullah SAW telah mengikat haiwan Buraq semasa perjalanan Baginda SAW ke Masjid al-Aqsa.