Tembok Al-Buraq

by admin
1529 views

Terletak di tembok barat Masjid al-Aqsa dan merupakan sebahagian daripadanya. Tembok ini adalah hak milik umat Islam. Namanya diambil bersempena peristiwa Isra’ di mana kawasan Rasulullah SAW telah mengikat haiwan Buraq semasa perjalanan Baginda SAW ke Masjid al-Aqsa.

Kaum Yahudi telah menamakannya sebagai Tembok Ratapan (Western Wall). Hal ini kerana, mereka mendakwa bahawa ianya merupakan sebahagian yang masih berbaki daripada tempat ibadah Nabi Sulaiman A.S. Ini adalah rekaan orang Yahudi semata-mata dengan memalsukan fakta-fakta supaya mereka dapat membantu menghubungkan orang-orang Yahudi ke Masjid al-Aqsa dan juga sebagai alasan untuk merampasnya.  Kaum Yahudi juga telah menunaikan sembahyang di Bukit Zaitun iaitu terletak di luar kawasan lingkungan Kota Lama (Old City) sehingga ke  abad 9 H bersamaan 15 M. Ianya juga merupakan antara tempat-tempat yang didakwa oleh mereka sebagai sebuah tempat yang suci.

Semasa penjajahan Inggeris di Palestin pada 1917 M-1948 M, pendatang Yahudi telah membuat satu kawasan baru di sekeliling tembok al-Buraq dengan meletakkan kerusi, meja dan kain-kain penutup untuk menguasai kawasan tersebut sehinggalah pada tahun 1929 M. Umat Islam telah keluar beramai-ramai untuk melakukan demonstrasi di tembok al-Buraq dengan membawa slogan, “Tembok ini adalah hak milik kami.” Maka tercetuslah revolusi yang dikenali sebagai “Revolusi al-Buraq” untuk mempertahankan tembok ini dan Masjid al-Aqsa. Antara kesan daripada revolusi ini adalah sebuah jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan bagi memantau isu Tembok al-Buraq (1930 M). Rentetan daripada itu, satu kata sepakat telah dipersetujui antara Kerajaan Inggeris dan Liga Bangsa-Bangsa (the League of Nations) di mana mewujudkan sebuah dokumen Perjanjian Antarabangsa bagi menetapkan hak rakyat Arab Palestin ke atas tembok al-Buraq. Antara konklusi yang paling penting di dalam perjanjian ini adalah:

1)    Tembok Barat (al-Buraq) dikembalikan hak miliknya kepada orang Islam sahaja. Mereka memiliki hak mutlak ke atasnya kerana ia merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa al-Mubarak iaitu daripada hak milik wakaf. Mereka juga memiliki hak di kawasan pejalan kaki yang berada di hadapan tembok dan di hadapan kawasan yang dikenali sebagai Ruang al-Magharibah yang bertentangan dengan tembok tersebut. Hal ini kerana kawasan pejalan kaki ini berkait dengan hukum-hakam syari’ah Islam (provisions of Islamic law) bagi kawasan daratan dan lembah sekitarnya.

2)    Sebarang peralatan ibadah atau peralatan selainnya perlulah diletakkan oleh Yahudi berdekatan dengan tembok ini, bersandarkan kepada keputusan yang dibuat melalui ketetapan ini, atau melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Tidak dibenarkan sesekali dalam apa jua keadaan, atau sesiapa pun yang lakukan, tiada hak pun ke atas orang Yahudi pada tembok ini atau kawasan pejalan kaki yang berdekatan dengannya.

Selepas berlakunya penjajahan Zionis di seluruh Kota al-Quds dengan menakluki bahagian timurnya pada tahun 1967 M, mereka telah memusnahkan penempatan al-Magharibah yang bersejarah iaitu yang bersambung dengan tembok barat al-Aqsa (Tembok al-Buraq). Tujuan mereka adalah untuk mendirikan sebuah halaman di hadapan tembok tersebut dan seterusnya menguasai kawasan itu.

Related Articles