Siapakah Murabiteen? Apakah Kepentingan Peranan Mereka?

by admin
2977 views

Murabiteen dan Murabitat, atau Murabito Al-Aqsa adalah kumpulan-kumpulan dan individu dari kota Al-Quds (Baitulmaqdis) dan sekitarnya, dan penduduk Islam [warga Palestin] di tanah yang diduduki pada tahun 1948.
Mereka mengorbankan diri dan masa mereka untuk tinggal di Masjid Al Aqsa bagi menjaga pintu-pintu masjid tersebut dan melindunginya dari serangan oleh tentera “Israel”, pelampau Yahudi dan peneroka radikal.

Murabiteen mewakili dari pelbagai generasi dan latar belakang politik dan budaya. Cinta mereka yang tiada had terhadap al-Aqsa menyatukan mereka semua bersama-sama; orang tua, lelaki dan wanita muda selain dari pelajar yang menghafal dan membaca al-Quran dan menghadiri kuliah Syariah di laman berteres di sekitar Masjid al-Aqsa.

Kepentingan dan peranan Murabiteen

Pada dasarnya, pentingnya Ribat ialah amalan tidak meninggalkan Masjid al-Aqsa kosong dari orang yang beribadat dan para pengunjungnya. Terutama pada waktu pagi dan petang atau semasa perayaan Yahudi, di mana jumlah penceroboh dan juga percubaan mereka untuk melaksanakan ritual Yahudi di dalam Masjid al-Aqsa semakin meningkat.
Pada masa ini, peranan Murabiteen  yang jelas ialah untuk berhadapan dengan penceroboh Yahudi dan menghentikan serta mencegah pemaksaan pembahagian masa dan ruang Masjid al-Aqsa yang cuba dilaksanakan oleh kuasa pendudukan sebagai status quo baru di al-Aqsa, sama seperti yang telah berlaku sebelum ini di Masjid al-Ibrahimi di Hebron.

Oleh itu, Murabiteen adalah pertahanan barisan hadapan bagi berjuta-juta orang Arab dan Muslim untuk menjaga dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Ribat dalam al-Aqsa bertujuan untuk mengekalkan Islam, mempertahankan dan melindunginya, serta untuk menunjukkan penghormatan kesuciannya. Oleh itu Murabiteen terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka dan mengabdikan diri mereka untuk misi ini.

Sebahagian dari mereka membuat Ribat sebagai kerja tetap dan jihad di Masjid al-Aqsa. Para Murabiteen menghadapi penceroboh dan penyerang lalu menyerbu dengan tangan kosong dan dada terbuka, serta menjerit di hadapan mereka “Allahu Akbar” – Allah Maha Besar -!

Sehubungan itu, Murabiteen mencapai hasil yang luar biasa. Di samping menghalang projek pembahagian tersebut, mereka sentiasa berada di garis depan pertahanan untuk menghadapi kuasa pendudukan dan mempertahankan Masjid al-Aqsa bagi pihak umat Islam.
Murabiteen dan Murabitat telah menjadi ikon dan sumber inspirasi dan motivasi bagi ramai aktivis di seluruh dunia atas keteguhan dan keazaman mereka untuk menjaga hubungan mereka dengan Masjid al-Aqsa walaupun menghadapi penganiayaan, seksaan fizikal, serangan dan penangkapan.
Terdapat beberapa nama di kalangan murabitat yang berjaya menyebarkan berita dan dan bertindak demi al-Aqsa.

Mereka juga menyampaikan mesej dari Masjid al-Aqsa dengan cara menghadiri persidangan antarabangsa, mesyuarat awam serta menggunakan laman media sosial. Sheikh Raed Salah, yang mengabdikan hidupnya, masa dan usaha untuk Masjid al-Aqsa telah dianggap sebagai pemimpin Murabiteen.

Terdapat ramai lagi Murabiteen seperti Sheikh Kamal al-Khatib dan para pemimpin lain dari Gerakan Islam, serta murabitat antaranya; Khadija Khois, Hanadi Halawani, Zina Amro, Sahar al-Natsheh, Samiha Shaheen, um-Ihab al-Jallad, dan ramai lagi yang memaparkan pengalaman mereka di Aqsapedia.

Related Articles