Murabiteen: Barisan Hadapan Pertahanan Masjid al-Aqsa

by admin
5139 views

Murabiteen dan Murabitat, atau Murabito al-Aqsa adalah kumpulan-kumpulan dan individu dari Kota al-Quds (Baitulmaqdis) dan sekitarnya, dan penduduk Islam [warga Palestin] di tanah yang diduduki pada tahun 1948.
Mereka mengorbankan diri dan masa mereka untuk tinggal di Masjid al-Aqsa untuk menjaga pintu-pintu masjid tersebut dan melindunginya dari serangan oleh tentera “Israel”, pelampau Yahudi dan peneroka radikal.

Murabiteen mewakili generasi yang berlainan dan dari pelbagai latar belakang politik dan budaya. Cinta mereka yang tiada had terhadap Masjid al-Aqsa menyatukan mereka semua bersama-sama; orang tua, lelaki dan wanita muda selain dari pelajar yang menghafal dan membaca al-Quran dan menghadiri kuliah Syariah di laman berteres di sekitar Masjid al-Aqsa.

Definisi Ribat dan asal-usulnya di Masjid al-Aqsa
Makna asal Ribat adalah untuk tinggal di suatu tempat tanpa meninggalkannya. Ia berasal dari kata kerja Arab “rabata” رابط yang bermaksud, dia tinggal di tempat yang sama tanpa meninggalkannya.
Oleh itu, Ribat bermaksud berada di kawasan perbatasan yang lemah (Thughur) yang berisiko diancam akan diserang oleh musuh, untuk memperkuat, melindungi dan mempertahankan warga negara.

Ribat mempunyai nilai yang besar dalam Islam, ia adalah salah satu bentuk jihad kerana Allah. Rasulullah (saw) bersabda, “Melaksanakan Ribat untuk satu hari adalah jauh lebih baik daripada dunia dan semua yang ada di dalamnya.”
Sejak abad pertama AH / 7 AD, umat Islam telah terbiasa tinggal di Masjid al-Aqsa, sehingga sejumlah besar daripada mereka telah meninggalkan rumah mereka dan berhijrah ke Baitulmaqdis (Kota al-Quds) untuk melaksanakan Iktikaf [tinggal sebentar di dalam masjid untuk tujuan beribadat dan ketaatan kepada Allah] di Masjid al-Aqsa dan apabila mereka meninggal dunia, mereka dikebumikan di sekitarnya.
Mungkin, para sahabat Rasulullah (saw), Shaddad ibn Aws (64 AH / 683 AD) dan Thu al-Asabi’a adalah contoh pertama yang disebutkan dari antara para sahabat yang berpindah ke Masjid al-Aqsa.

Thu al-Asabi’a terinspirasi oleh kata-kata Rasulullah (saw) dan berpindah ke Al-Aqsa. Beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah (saw),” Wahai Rasulullah, jika kami hendak tinggal di suatu tempat selepas kewafatanmu, di manakah tuan memerintahkan kami tinggal? ”
Rasulullah (saw) berkata, “Tinggallah di Baitulmaqdis supaya jika kamu mempunyai keturunan, mereka akan pergi ke masjid (al-Aqsa)” 2

Malah selepas mereka, Ribat dan Itikaf tidak pernah berhenti di Masjid al-Aqsa selama berabad-abad lamanya kecuali semasa era Perang Salib apabila seluruh masjid diduduki dan ditukarkan kepada gereja dan asrama untuk tentera-tentera Salib.

Buku-buku sejarah, tasawuf dan biografi mengandungi banyak tanda-tanda mengenai mereka yang tinggal di Masjid al-Aqsa dan mengabdikan diri mereka untuk menyembah Allah dan melaksanakan Itikaf.

 

Evolusi dan Pembangunan Murabiteen

Pemberontakan kedua -Intifadha Al-Aqsa – berlaku pada 2000 AD selepas Perdana Menteri Zionis, Ariel Sharon, menyerang Masjid al-Aqsa.

Selepas itu, Pergerakan Islam pada tahun 1948 yang menduduki tanah-tanah di bawah kepimpinan Sheikh Raed Salah, mula berfikir tentang keperluan untuk melindungi Masjid al-Aqsa untuk memudahkan kedatangan para jemaah sepanjang masa dan menentang kawalan autokrat oleh pasukan pendudukan Israel.

Kemudian mereka telah melancarkan apa yang dikenali sebagai “Perarakan Bendera (Biarik) مسيرة البيارق” dan “Konvoi Perjalanan قوافل شد الرحال“, untuk membawa jemaah setiap hari dengan bas dari Galilee, Segitiga (al-Muthallath), Negev dan kawasan pantai berhampiran Masjid al-Aqsa yang mempunyai pengaruh langsung dan positif terhadap pemulihan Masjid al-Aqsa dan pembangunan ekonomi kehidupan Kota Lama al-Quds (Baitulmaqdis).
Fasa kedua Ribat di al-Aqsa adalah penubuhan “Peringkat-peringkat Ilmu” (Masatib al-Ilm) dan lingkaran pelajar (halaqat).
Oleh itu, pada tahun 2008, Pergerakan Islam di tanah pendudukan 1948 menaja penubuhan 36 lingkaran pelajar (halaqat) di dalam masjid, mengajar pengajian Islam seperti; kajian al-Quran, fiqh, sunnah dan biografi Nabi (saw) melalui kursus metodologikal saintifik yang memenuhi keperluan para pelajar semua peringkat umur.
Secara beransur-ansur, halaqat ini telah meningkat sehingga bilangan anggota mereka mencapai 1200 orang pada tahun 2011.
Kemudian, mereka membentuk halaqat kekal dan menunjukkan minat yang tinggi untuk menghadirinya untuk belajar dan melaksanakan ribat di dalam masjid. Selain itu, mereka mempertahankan masjid, menghadapi penyerang dan cuba mengusir mereka.

2015, adalah tahun Israel mengisytiharkan perang menentang Murabiteen dan Murabitat. Pada 23 Ogos 2015, ‘Perisikan Israel’ mengeluarkan senarai kira-kira 20 wanita (Murabitat) dari Jerusalem/Baitulmaqdis.

Senarai berkenaan, yang mengharamkan wanita-wanita tersebut dari memasuki Masjid al-Aqsa dan mendirikan solat di sana kemudiannya meningkat dan turut menambah lagi 55 nama-nama yang dikenali di kalangan aktivis sebagai “Senarai Emas”

Pada bulan yang sama, Menteri Perang Zionis, Moshe Ya’alon, mengeluarkan keputusan untuk mengisytiharkan Murabiteen dan Murabitat sebagai organisasi haram berdasarkan cadangan ‘polis Israel’ dan ‘Perkhidmatan Keselamatan Am’.

“Mengambil kira mereka sebagai faktor utama dalam mewujudkan ketegangan dan keganasan … dan menjejaskan kedaulatan Israel ke atas Masjid al-Aqsa!”

Ini mencerminkan keangkuhan kuasa pendudukan Israel yang memaksakan status quo itu walaupun ianya bertentangan dengan logik. Menurut keputusan itu, kehadiran jemaah Muslim yang beribadat di masjid tersebut adalah satu faktor yang menyebabkan ketegangan dan keganasan, sementara tentera dan pelampau yang menyerang Masjid al-Aqsa itu tidak!

Walaupun pendudukan Zionis  melarang dan mengisytiharkan ribat sebagai suatu jenayah, Murabiteen dan Murabitat tidak menghentikan ribat mereka malah mereka hadir berterusan di pintu-pintu gerbang al-Aqsa. Pada bulan Julai 2017, mereka memainkan peranan penting dalam pemberontakan ‘Bab al-Asbat’.

Mereka mengetuai dan membimbing para penunjuk perasaan semasa duduk di pintu gerbang al-Aqsa. Jadi, konsep ribat berkembang sehingga beribu-ribu orang dari al-Quds dan daerah-daerah pendudukan tahun 1948 turut menyertai mereka.

Ribat telah memulihkan keadaan di al-Aqsa seperti dahulu, dan mereka mencapai kemenangan dengan memasuki al-Aqsa bersama-sama dengan semua umat Islam tanpa  melewati pengesan logam di pintu gerbang al-Aqsa walaupun kuasa pendudukan tersebut mahu menguatkuasakan penggunaannya sebagai amalan baru kawalannya ke atas Masjid al-Aqsa.

 

Kepentingan dan peranan Murabiteen

Pada dasarnya, pentingnya Ribat ialah amalan tidak meninggalkan Masjid al-Aqsa kosong dari  orang yang beribadat dan para pengunjungnya, terutamanya pada waktu pagi dan petang atau semasa perayaan Yahudi, di mana jumlah penceroboh dan pencerobohan, dan juga bilangan percubaan mereka untuk melaksanakan Ritual Yahudi di Masjid al-Aqsa semakin meningkat.

Pada masa ini, peranan Murabiteen  yang jelas ialah untuk berhadapan dengan penceroboh Yahudi dan menghentikan serta mencegah pemaksaan pembahagian masa dan ruang Masjid al-Aqsa yang cuba dilaksanakan oleh kuasa pendudukan sebagai status quo baru di Masjid al-Aqsa, sama seperti yang telah berlaku sebelum ini di Masjid al-Ibrahimi di Hebron.

Oleh itu, Murabiteen adalah pertahanan barisan hadapan bagi berjuta-juta orang Arab dan Muslim untuk menjaga dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Ribat dalam Masjid al-Aqsa bertujuan untuk mempertahankan  Islam dan melindunginya, dan untuk menunjukkan penghormatan kepada statusnya yang suci. Oleh itu murabiteen terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka dan mengabdikan diri mereka untuk misi ini.

Sebahagian dari mereka membuat ribat sebagai kerja tetap dan jihad di Masjid al-Aqsa. Murabiteen itu menghadapi penceroboh dan penyerang lalu menyerbu dengan tangan kosong dan dada terbuka, serta menjerit di hadapan mereka “Allahu Akbar” – Allah Maha Besar -!

Sehubungan itu, murabiteen mencapai hasil yang luar biasa. Di samping menghalang projek pembahagian tersebut, mereka sentiasa berada di baris depan pertahanan untuk menghadapi kuasa pendudukan dan mempertahankan masjid bagi pihak umat Islam seluruh dunia.

Murabiteen dan Murabitat telah menjadi ikon dan sumber inspirasi dan motivasi bagi ramai aktivis di seluruh dunia kerana keteguhan dan keazaman mereka untuk menjaga hubungan mereka dengan Masjid al-Aqsa walaupun menghadapi penganiayaan, penyalahgunaan fizikal, serangan dan penangkapan.

Terdapat beberapa nama di kalangan murabitat yang berjaya menyebarkan berita dan tindakan da kezaliman yang dilakukan terhadap Masjid al-Aqsa.

Mereka juga menyampaikan mesej tentang Masjid al-Aqsa dengan cara menghadiri persidangan antarabangsa, mesyuarat awam atau menggunakan laman media sosial. Sheikh Raed Salah, yang mengabdikan hidupnya, masa dan usaha untuk al-Aqsa dianggap sebagai pemimpin murabiteen.

Terdapat ramai lagi murabiteen seperti Sheikh Kamal al-Khatib dan para pemimpin lain dari Gerakan Islam, serta murabitat antaranya; Khadija Khois, Hanadi Halawani, Zina Amro, Sahar al-Natsheh, Samiha Shaheen, um-Ihab al-Jallad, dan ramai lagi yang memaparkan pengalaman mereka di Aqsapedia.

 

Zionis mensasarkan Murabiteen

Kekejaman para Zionis dalam mensasarkan murabiteen telah meningkat karena peranan mereka yang semakin berkembang untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa dan menghalangi rencana pembahagian itu. Mereka memerangi pelbagai jenis  halangan seperti tindakan-tindakan berikut;

1. Mengharamkan ribat dan menganggapnya tidak sah
Pada 23 Ogos 2015, menteri perang Zionis, Moshe Ya’alon, mengeluarkan keputusan untuk menetapkan Murabiteen dan Murabitat sebagai organisasi haram berdasarkan cadangan ‘polis Israel’ dan ‘Perkhidmatan Keselamatan Am’. “Memandangkan mereka sebagai faktor utama dalam mewujudkan ketegangan dan keganasan … dan menjejaskan kedaulatan Israel ke atas Masjid al-Aqsa!”
Ini mencerminkan keangkuhan pendudukan Israel dan mengenakan status quo tersebut walaupun bertentangan dengan logiknya.

Menurut keputusan itu, kehadiran jemaah Muslim yang beribadat di masjid tersebut adalah satu faktor yang menyebabkan ketegangan dan keganasan, sementara tentera dan pelampau yang menyerang Masjid al-Aqsa itu tidak!

2. Memindahkan Murabiteen ke luar Masjid al-Aqsa
Ia adalah satu tindakan berterusan yang digunakan oleh polis pendudukan Israel terhadap murabiteen dan murabitat untuk menghalang hak mereka untuk memasuki Masjid al-Aqsa dan melakukan ibadah.

Larangan itu dikenakan ke atas ramai di antara mereka. Sebagai contoh, pada 23 Ogos 2015, pihak “Perisikan Israel” mengeluarkan satu senarai seramai 20 wanita dari Baitulmaqdis. Senarai itu kemudiannya meningkat dan turut memasukkan 55 lagi nama-nama yang dikenali di kalangan aktivis sebagai “Senarai Emas”. Ianya mengharamkan wanita-wanita tersebut dari hak mereka untuk memasuki Masjid al-Aqsa dan mendirikan solat di sana.

Walaupun pendudukan Zionis  melarang dan mengisytiharkan ribat sebagai suatu jenayah, Murabiteen dan Murabitat tidak sesekali menghentikan ribat mereka, malah mereka hadir berterusan di pintu-pintu gerbang al-Aqsa.
(Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Senarai Emas klik di sini: ‘Senarai Emas’ adalah titik perubahan dalam sejarah Masjid al-Aqsa)


3. Mengharamkan ‘Konvoi Perjalanan’ ke Masjid al-Aqsa
Keputusan untuk mengharamkan Ribat diiringi oleh peperangan penjajah Zionis terhadap ‘Konvoi Perjalanan’ (bas membawa jemaah dari tanah-tanah pendudukan Palestin 1948 ke Masjid al-Aqsa).

Kuasa pendudukan Zionis menghentikan bas dan menghalang ‘konvoi Perjalanan’ daripada sampai ke Masjid al-Aqsa, dan mengancam para pemandu untuk dikenakan denda tinggi jika mereka mengangkut para jemaah tersebut.
Mereka bertujuan menghalang murabiteen dari sampai ke Masjid al-Aqsa.


4. Penangkapan dan perbicaraan

5. Memindahkan Murabiteen ke luar bandar Al-Quds dan mengenakan sekatan ke atas mereka.

6. Mengenakan larangan perjalanan dan membatalkan status pemastautin.

7. Menangkap Murabiteen dan menuduh mereka menyebutkan “Allah Akbar” di hadapan kumpulan radikal Yahudi yang menyerang al-Aqsa.

8. Memanggil Murabiteen untuk disoal-siasat berulang-kali dengan cara yang berbahaya.

9. Penangkapan sewenang-wenangnya terhadap Murabiteen selama beberapa hari tanpa sebarang tuduhan.

10. Serangan lisan dan fizikal terhadap Murabiteen seperti; mencarut, memukul dan menyeksa.

11. Memegang ID Murabiteen.

12. Merempuh masuk rumah Murabiteen.

13. Menghalang perlindungan insurans perubatan untuk Murabiteen dan keluarga mereka.

14. Mengancam untuk mengambil anak-anak Murabiteen dan menghantar mereka ke rumah anak yatim.

15. Meletakkan Murabiteen di bawah tahanan rumah.

16. Mengenakan denda kewangan pada Murabiteen.

Related Articles